(Mohd Raffi Datuk Ali Hassan (dua kanan) melakukan tinjauan di salah sebuah kampung di Labuan)
LABUAN, 13 Julai- Penduduk di 19 buah kampung di Labuan bakal menerima kemudahan infrastruktur lebih sempurna susulan Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan peruntukan lebih RM1.5 juta untuk beberapa projek pembangunan di kawasan itu.
Perkara tersebut dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Raffi Datuk Ali Hassan yang memaklumkan kelulusan peruntukan berkenaan telah dimaklumkan kepadanya baru-baru ini.
"Saya dimaklumkan ada 19 buah kampung terlibat dalam pembinaan jalan baru yang melibatkan peruntukan hampir RM800,000 dan pembinaan lima buah rumah PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin) dan 20 buah rumah yang akan dinaik taraf melalui peruntukan yang telah diluluskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), katanya selepas melakukan tinjauan di beberapa buah kampung di sekitar sini.
Projek pembinaan rumah berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat, manakala projek pembinaan jalan simen telah 50% siap dilaksanakan.
Dalam pada itu, Mohd Rafi menzahirkan penghargaan terima kasih kepada Ahmad Zahid atas kelulusan tersebut untuk pembangunan luar bandar di pulau bebas cukai terbabit.
(Mohd Raffi Datuk Ali Hassan)