KUALA TERENGGANU, 7 Julai- Dua mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman didapati layak menerima pampasan daripada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, pertubuhan tersebut dimaklumkan sudah mengambil tindakan bagi urusan pembayaran pampasan tersebut tidak lama lagi.
"PERKESO ketika ini sedang melengkapkan siasatan terhadap dua daripada 10 mangsa tragedi tersebut, adalah pencarum Skim Perlindungan.
"Pampasan kepada dua mangsa tragedi itu akan diselesaikan segera," katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya ‘MYFutureJobs’ dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) peringkat negeri di KTCC Mall, Kuala Terengganu.
Program Karnival selama tiga hari bermula semalam itu melibatkan penyertaan hampir 80 majikan yang menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Terengganu.
(PERKESO ketika ini sedang melengkapkan siasatan terhadap dua daripada10 mangsa
tragedi tersebut, adalah pencarum Skim Perlindungan)