SEREMBAN, 7 Julai- Perbincangan berkenaan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN ke-15) sudah dimuktamadkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan antara pihaknya dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke Siew Fook telah selesai.
Bagaimanapun, beliau masih memberi ruang perbincangan di peringkat negeri.
"Pada peringkat saya berbincang dengan saudara Anthony Loke dan Ahmad Zahid telah selesai tetapi kita mesti bagi ruang perbincangan di peringkat negeri sikit lagi, tetapi sudah selesai peringkat saya," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Negeri Penjawat Awam Negeri Sembilan.
Dalam perkembangan lain, Anwar memberi bayangan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan dinamakan sebagai antara calon pilihan untuk bertanding pada PRU DUN ke-15 berikutan prestasi cemerlang yang ditonjolkan.
(Bagaimanapun, beliau masih memberi ruang perbincangan di peringkat negeri)