fb fb fb fb fb

Malaysia komited perkukuh kerjasama dengan Thailand - Jojie

(Foto Media UniMAP)

ARAU, 7 Julai- Malaysia dan Thailand beruntung berikutan berada di Asia Tenggara iaitu sebuah wilayah yang pelbagai daripada segi sejarah dan budaya dengan banyak sumber asli.

Duta Besar Malaysia Ke Negara Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata usaha bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang mampan penting untuk keamanan dan keselamatan serantau.

"Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama dengan Thailand bagi mengukuhkan kerjasama dua hala untuk kedua-dua negara," katanya pada Syarahan Umum di Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra di sini.

Tahun ini Malaysia dan Thailand bakal meraikan ulang tahun ke-66 hubungan diplomat yang terjalin sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri majlis syarahan tersebut.

Bersempena program ini, Jojie turut mengadakan perbincangan strategik bersama dengan institusi pendidikan tinggi yang beroperasi di Perlis termasuklah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis dan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) khususnya dalam membantu mengembangkan Bahasa Melayu serta tulisan jawi di Thailand.


(Foto Media UniMAP)

Media Baharu