fb fb fb fb fb

Jasa dan sumbangan bekas Ketua Editor Bernama, S.Sivaselvam dikenang

Sivaselvam meninggal dunia akibat masalah kesihatan / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 November – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Editor Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), S. Sivaselvam, yang meninggal dunia pagi tadi.

"Jasa serta sumbangan mendiang, S.Sivaselvam dalam bidang kewartawanan amat dihargai dan akan terus dikenang.

"Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya ucapkan takziah kepada keluarga saudara Sivaselvam Sambasivam", katanya menerusi hantaran di Facebook.

Balu mendiang Lalitha S. Nadarajah memaklumkan Sivaselvam, atau lebih dikenali sebagai Siva, 77 tahun, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Cheras akibat masalah kesihatan.

FAUZIAH ABD RAHMAN