fb fb fb fb fb

Mayat nelayan warga emas ditemukan maut lima batu nautika dari lokasi hilang

Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)

PONTIAN, 13 November -Nelayan warga emas yang dilaporkan hilang di perairan Kukup, dekat sini, sejak Selasa lalu, telah ditemukan maut, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

 Koordinator Operasi Mencari dan Menyelamat, Kepten Maritim Kama Azri Kamil dalam kenyataan berkata, mayat mangsa dijumpai lima batu nautika dari lokasi dipercayai hilang.
 
"Mangsa, Tan Swee Pin,65 tahun, dilaporkan keluar menangkap ketam pada 11 November lalu, dan tidak pulang ke rumah," katanya menerusi kenyataan itu.
 
Laporan kehilangan mangsa dibuat pagi semalam, sebelum operasi operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) digerakkan.
 
Mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Pontian untuk pengecaman ahli keluarga.
 
Selain Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), operasi turut melibatkan Pasukan Polis Marin, Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 

TETITIA YUSOFF