fb fb fb fb fb

Tragedi Elmina, pesawat miliki sijil kelayakan udara sah

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 September- Tiada bukti penemuan objek asing di kedua-dua belah enjin kiri dan kanan pesawat dalam laporan awal nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 di Elmina, Shah Alam, baru-baru ini.

Menerusi Laporan Awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), kedua-dua enjin tidak mempunyai bukti pembebasan bilah seperti kemek, tebuk dan bulu burung pada mana-mana komponen enjin.

"Pesawat berkenaan mempunyai Sijil Kelayakan Udara sah dan telah dikekalkan dengan mematuhi peraturan.

"Laporan itu turut membuktikan kedua-dua juruterbang mempunyai rehat yang cukup sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi.

"Malah, mereka juga (kedua-dua juruterbang) tidak mempunyai masalah kesihatan serius berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal apalagi insiden berlaku pada waktu siang, sekali gus memberikan penglihatan yang jelas.

"Laporan turut menyebut nahas tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan dan kebakaran selepas kemalangan," menurut laporan itu.

Laporan awal nahas tersebut telah dimuat naik dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan Malaysia, pukul 10.00 pagi tadi, untuk rujukan atau makluman umum.

Laporan akhir siasatan merangkumi punca dan faktor penyumbang nahas dijangka selesai pada Ogos tahun depan.


(Foto BERNAMA)

Artikel Berkaitan:
Tragedi Elmina: Laporan akhir dijangka selesai Ogos 2024

Media Baharu