fb fb fb fb fb

Kes demam denggi meningkat

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 15 September- Jumlah kes demam denggi yang direkodkan di seluruh negara antara 3 hingga 9 September 2023 meningkat kepada 2,284 kes berbanding 1,924 pada minggu sebelumnya.

Ia membabitkan peningkatan sebanyak 360 kes iaitu 18.7% dan dua kematian dicatatkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan itu sebanyak 82,485 kes berbanding 39,188 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 43, 297.

"Sebanyak 59 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 24 kematian bagi tempoh sama pada tahun 2022.

"Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan minggu ini menurun dari 66 lokaliti berbanding 83 lokaliti hotspot minggu lalu,"katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Datuk Dr Muhammad Radzi , daripada 66 lokaliti yang dilaporkan, 47 lokaliti dikesan di Selangor, 13 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga lokaliti di Kelantan serta masing-masing satu di Pulau Pinang, Perak dan Sabah.

"Bagi survelan chikungunya, tiga kes telah direkodkan pada minggu Epidemiologi ke-36 iaitu 166 kes.

"Bagi survelan zika, sebanyak 2,266 sampel darah dan 196 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,"katanya.


(Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan)

Media Baharu