fb fb fb fb fb

Trafik menghala ke ibu negara bergerak perlahan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 November- Aliran trafik bergerak perlahan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak menuju ke ibu negara, setakat pukul 2.00 petang tadi.

Menurut info ANIH Berhad, ini berikutan orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke ibu negara setelah cuti perayaan Deepavali sudah berakhir.

"Kenderaan mula bergerak perlahan tetapi masih lancar di sepanjang lebuh raya kedua-dua arah.

"Jumlah trafik yang telah melalui Kuala Lumpur Karak (KLK) dianggar sebanyak 73,326 manakala 25,742 pula merupakan jumlah kenderaan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

"Keadaan trafik di KLK mengalami sedikit kelewatan dari arah Bentong ke Lentang

"Manakala di LPT 1 pula, pergerakan kenderaan lancar serta laluan kontra juga diaktifkan di Lanchang ke Temerloh," katanya.

Pengguna diingatkan untuk sentiasa merujuk cadangan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan ANIH Berhad bagi mengurangkan kesesakan pada musim perayaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM