fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor ajak dunia desak gencatan senjata di Gaza

Foto AFP

JOHOR BAHRU, 13 November- Kerajaan Johor mengajak dunia untuk mendesak melakukan gencatan senjata di Gaza, Palestin bagi menghentikan serangan dan kematian rakyat termasuk kanak-kanak tidak berdosa negara itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha memerangi perubahan iklim juga harus digunakan untuk menyelesaikan tragedi Palestin. 

Katanya, dunia memerlukan tenaga, semangat dan komitmen yang sama untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan itu.

"Saya ingin meluangkan sedikit masa untuk mengingati tragedi dan pembunuhan beramai-ramai yang menimpa rakyat di Gaza.

"Perkara yang berlaku itu disebabkan noda manusia.

"Saya ingin merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk berfikiran rasional, membantu menegakkan keadilan," kata Onn Hafiz dalam ucapan pada Persidangan perubahan iklim, 'Asia Pacific Climate Week' (APCW) 2023 di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM