fb fb fb fb fb

TPM ucap tahniah sempena ulang tahun ke-77 RTM

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/Foto fail Bernama)

KUALA LUMPUR, 2 April- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) yang menyambut ulang tahun ke-77.

Beliau berkata secara peribadi RTM dekat di hati apatah pernah bersama-sama-sama satu ketika dahulu.

Menurutnya, RTM sejak dahulu sehingga kini kekal relevan dan unggul sebagai medium penyampaian maklumat negara selari slogan dibawa 'Teman Setia Anda'.

Malah, Ahmad Zahid turut yakin dengan pengalaman Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu Suhaimi Sulaiman menerajui jabatan itu, RTM akan menjadi antara platform media utama negara.

"Secara peribadi RTM cukup dekat di hati saya, apatah pernah bersama-sama satu ketika dahulu. Walaupun terdapat persaingan dari stesen-stesen komersial dan kewujudan media baharu, RTM tetap unggul," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Sabtu.

(Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan syabas dan tahniah
kepada RTM yang menyambut ulang tahun ke-77/FB Zahid Hamidi)

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada warga kerja RTM di Angkasapuri dan di stesen-stesen negeri, atas jalinan dan liputan yang diberikan kepadanya, parti dan kementerian dipimpin.

"Semoga dapat terus bekerja keras memberi khidmat dan maklumat kepada rakyat," tambahnya.

Media Baharu