fb fb fb fb fb

10 keluarga SPMP hilang tempat tinggal, rumah musnah terbakar

(Foto PDRM/Orang Awam)

LABUAN, 2 April- 10 keluarga Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka hangut terbakar dalam kebakaran, pada petang Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan memaklumkan insiden itu berlaku di SPMP Jalan Tunku Shariff Kedah.

Pihak bomba menerima panggilan sekitar 2.30 petang dan seramai 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan dan BBP Rancha-Rancha bergegas ke lokasi kejadian.

Beberapa agensi lain melibatkan 12 anggota PDRM, Unit Udara PDRM dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat turut terlibat dalam operasi tersebut.

Api berjaya dikawal lebih kurang sejam kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

(JBPM Labuan memaklumkan insiden itu berlaku
di SPMP Jalan Tunku Shariff Kedah/Foto PDRM/Orang Awam)

Media Baharu