fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin berkenan ke majlis berbuka puasa, terima zakat perniagaan RM1.64 juta

KUALA KANGSAR, 2 April- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama media, badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Istana Iskandariah, di sini, pada Sabtu.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin serta Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat bernilai RM1.64 juta.

Baginda turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih serta berkenan berangkat ke majlis santapan bersama para tetamu.

(Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan menerima zakat perniagaan
untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat bernilai RM1.64 juta)

Media Baharu