fb fb fb fb fb

TPM, Fadillah laksana inisiatif rapatkan hubungan Semenanjung, Sabah & Sarawak

PUTRAJAYA, 5 Disember- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu melaksanakan pelbagai inisiatif bagi merapatkan hubungan tiga wilayah utama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Perkara itu merupakan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya menerusi mesyuarat khas kabinet kerajaan perpaduan yang kali pertama berlangsung hari ini.

Beliau berkata, usaha itu merangkumi aspek pembangunan dan kemudahan rakyat terutama di wilayah Sabah dan Sarawak yang memerlukan banyak perhatian.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof)

"Harapan daripada Borneo agak tinggi. Sudah pasti saya perlu menggalas tanggungjawab ini dan saya memerlukan kerjasama bukan sahaja dari Ahli Parlimen Borneo tapi kita perlu bersama semua ahli parlimen dan rakyat untuk me lihat bagaimana kita dapat merapatkan jurang tiga wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung", katanya.

Tambahnya, semangat bangsa Malaysia yang tidak berdasarkan sentimen wilayah perlu diwujudkan dalam merapatkan lagi jurang hubungan tersebut. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi mengimbas kad perakam waktu sebagai Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Mengulas mengenai intipati perbincangan Mesyuarat Khas Kabinet pertama bersama Perdana Menteri, beliau berkata mesyuarat itu memberi fokus kepada hala tuju pembangunan negara, selain penekanan kepada isu kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Media Baharu