fb fb fb fb fb

Semua jenis telur ayam dapat permintaan tinggi di Johor

(Lee Ting Han)

ISKANDAR PUTERI, 5 Disember- Permintaan bagi semua jenis kategori telur ayam di Johor meningkat secara mendadak hingga menyebabkan bekalan itu di pasaran berkurangan ketika ini.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, Johor mengeluarkan 10 juta hingga 12 juta biji telur seminggu, sama seperti kebiasaan.

"Johor merekodkan pengeluaran telur ayam pelbagai gred sebanyak 10 juta biji setiap minggu sebenarnya.

"Namun permintaan tinggi terutama daripada industri bakeri dalam pembuatan roti dan kek selain peniaga kecil makanan menyebabkan kekurangan bekalan telur," katanya ketika ditemui pemberita di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 di sini.

Jelasnya, kerajaan negeri menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Johor akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk meningkatkan bekalan telur dan ayam di pasaran.

Dalam perkembangan lain, Ting Han memberitahu pihaknya menerima satu aduan berkaitan penjualan telur kotor di Johor Bahru.

Katanya, peniaga terlibat sudah dipanggil untuk siasatan lanjut.

(Foto hiasan)

Media Baharu