fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor cadang program MM2H dihidupkan kembali

(Foto hiasan)

ISKANDAR PUTERI, 5 Disember- Sebanyak 80% lambakan rumah tidak terjual di Johor melibatkan pangsapuri servis berharga atas RM500,000.

Kerajaan negeri juga mencadangkan agar program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dihidupkan kembali sebagai antara usaha untuk mengatasi isu lambakan rumah di Johor.

Menurut Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, 20% lagi melibatkan banglo dan rumah mewah di Bandar Raya Johor Bahru dan Iskandar Puteri.

"Jadi untuk lambakan rumah-rumah ini, kita memang mengalu-alukan cadangan pemaju untuk datang kepada kerajaan untuk berbincang berkenaan perkara ini.

"Sepatutnya pihak pemaju memberikan tawaran yang baik kepada para penyewa. Di peringkat dasar kerajaan kita menyambut baik cadangan bagi menyelesaikan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas sesi soal jawab lisan Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke-15 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

(Datuk Mohd Jafni Md Shukor)

Media Baharu