fb fb fb fb fb

TPM Ahmad Zahid tiba di Tokyo untuk lawatan kerja

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Tokyo untuk lawatan kerja

TOKYO, 17 Februari- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tujuh hari bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada pukul 9.00 malam waktu tempatan, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah disambut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun, Anwar Udzir.

Mengiringi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ialah, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Lawatan tersebut merupakan yang pertama selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bawah pentadbiran Kerajaan MADANI pada Disember 2022.

Fokus utama kunjungan kali ini, bagi membincangkan usaha bersama kedua-dua negara dalam memperkasa bidang  Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan industri halal.

ROSLINA BINTI DIN