fb fb fb fb fb

Banjir di Sarawak: Bilangan penduduk terjejas meningkat kepada 413 orang

Foto BERNAMA

KUCHING, 31 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuching Sarawak meningkat kepada 413 orang.

Laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan penduduk terlibat adalah dari Taman Desa Wira dan Kampung Sinar Budi Baru.

Seramai 228 orang daripada 63 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Stapok manakala PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru menempatkan 185 penduduk daripada 44 keluarga.

Penduduk mula dipindahkan ke PPS berkenaan pagi tadi susulan hujan berterusan semalaman.

METMalaysia melaporkan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 5 Januari ini.

Keadaan tersebut berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM