fb fb fb fb fb

Suhu panas: 10 kawasan rekod tahap berjaga-jaga

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,17 Februari- Sepuluh kawasan di seluruh negara merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga sehingga pukul 6.00 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di facebook memaklumkan terdapat sembilan kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga).

Ia melibatkan Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik, Baling, Seberang Perai Utara dan Kuala Kangsar. Manakala, satu kawasan lagi, di Sabah iaitu Beaufort.

Suhu tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

ROSLINA BINTI DIN