LABUAN, 17 Februari- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa yang dalam lawatan rasmi di sini berkesempatan menyantuni Siti Juanna Mahrop dan tiga anaknya, hari ini.
Sumbangan wang tunai turut disampaikan kepada Siti Juanna, 39, yang kehilangan suaminya, Gillian Donald selepas menyelamatkan jiran dalam kebakaran sebuah rumah di sini, bulan lalu.
Ujarnya, dia tabah menerima takdir pemergian suaminya itu dan menjaga tiga anak mereka, Van Malik Gillian, 15, Narsha Hara Gillian,13 dan Rizqi Ali Gillian, 4.
Hadir sama dalam lawatan itu, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.
Terdahulu, Allahyarham Gillian tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas setelah membantu membawa keluar tujuh sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak dalam satu kebakaran di Merinding Garden, Kampung Ganggarak di sini.