fb fb fb fb fb

TPM Ahmad Zahid akan ke Kelantan untuk kenal pasti langkah awal persiapan hadapi banjir - PM

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan
Mesyuarat Kabinet di Putrajaya. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi)  

PUTRAJAYA, 14 Disember - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan ke Kelantan esok bagi mengenal pasti langkah awal yang boleh diambil dalam persiapan menghadapi banjir.

Demikian dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai persediaan pengurusan banjir.

"(Ahmad Zahid) cuba kenal pasti masalah dan ambil langkah awal persiapan, jadi pendekatan kita berbeza, tidak tunggu banjir kita buat persiapan sebelum banjir," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.


(Foto fail)

Semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata kerajaan akan menggerakkan langkah proaktif dalam pengurusan bencana banjir termasuk mengaktifkan lebih awal pusat pemindahan sementara (PPS).

Dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), beberapa kawasan yang jumlah taburan hujan tinggi dan dijangka menyebabkan banjir akan diberi tumpuan.

Media Baharu