fb fb fb fb fb

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditutup sementara 14 Disember ini

PULAU PINANG, 14 Disember- Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) ingin memaklumkan bahawa Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup bermula jam 9.00 malam, 17 Disember 2022 (Sabtu) hingga jam 6.00 pagi, 18 Disember 2022 (Ahad).

Penutupan sementara ini sempena program “PDRM 2nd Bridge Fun Ride Solidarity”. Walau bagaimanapun, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara berbasikal tersebut.


(Foto fail) 

Sehubungan dengan itu, JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang di bawah kendalian Plus Malaysia Berhad (PLUS) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.

JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

Media Baharu