fb fb fb fb fb

Johor galak penggiat seni jadi ikon budaya, perkukuh pelancongan

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar/RTM

JOHOR BAHRU, 4 November -Tokoh budayawan dan penggiat seni di Johor disaran menjadi ikon budaya negeri, dalam usaha memperkukuh promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, kolaborasi bersepadu antara penggiat seni dengan pemain industri pelancongan perlu dijalankan bagi menjayakan agenda pelancongan tersebut.

"Kita boleh jadikan ikon, sebab apabila menuju ke Tahun Melawat Johor 2026, kita perlukan budaya menjadi salah satu tarikan pelancongan. Dan kita ada penggiat-penggiat seni, pemenang khususnya patut bekerjasama dengan Tourism Johor, Jabatan Kebudayaan Negeri dengan yayasan warisan dengan majlis kebudayaan kita patut bekerjasama sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Seni Negeri Johor, di sini.

Seramai 13 penerima menerima anugerah pada acara itu yang menjadi platform pengiktirafan tertinggi para seniman, budayawan dan penggiat seni tempatan.

Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Seni Negeri, On Jaafar menzahirkan rasa terharu dengan kemenangan yang diterimanya

"Saya sangat terharu dengan kemenangan berbesar hati dengan kemenangan ini di atas penanugerahan ini kepada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan (JKKN), Kerajaan Negeri yang telah memberi peluang dan ruang selama 41 tahun untuk saya terus berbakti untuk saya bersama dalam bidang inilah," katanya.

TETITIA YUSOFF