fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Pahang berkurangan

KUANTAN, Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang berkurangan kepada 160 orang daripada 42 buah keluarga, membabitkan tiga daerah setakat pukul 4.00 petang tadi.

Penurunan itu berikutan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Buntar pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Kesemua 26 orang penduduk terjejas daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS tersebur telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing berikutan air banjir di kawasan itu surut sepenuhnya.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat ini seramai sembilan penduduk daripada tiga buah keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan, Temerloh.

(FOTO FAIL)

Manakala, daerah Bera, seramai sembilan penduduk daripada tiga keluarga ditempatkan di SK Kerayong.

Daerah Pekan pula masih kekal seramai 142 penduduk daripada 36 buah keluarga ditempatkan di SK Sinar Mutiara, Sungai Miang.

Media Baharu