fb fb fb fb fb

LPPKN tandatangan MoU Projek Rintis Perkhidmatan Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga

SEREMBAN 2, 14 Disember- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) bagi Projek Rintis Perkhidmatan Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga.

Pengarah LPPKN Negeri Sembilan, Azlan Shah Nazrudin berkata, pihaknya menyasarkan 240 klien daripada JHEAINS dan JKSNS di daerah Seremban yang berada dalam fasa ingin bercerai dan iddah untuk menyertai projek rintis itu.

Ia bertujuan membantu pasangan menyelesaikan masalah perkahwinan menerusi perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan keluarga olehkaunselor berdaftar.

Jelas Azlan "dengan adanya kolaborasi ini kita dapat melihat kerjasama yang baik di setiap jabatan dan juga agensi.

"Ia berikutan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri. Jadi di LPPKN, kita menawarkan perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan keluarga melalui kaunselor berdaftar," katanya pada Majlis Menandatangani MoU Projek Rintis Perkhidmatan Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga di Seremban.

(Azlan Shah Nazrudin)

Media Baharu