fb fb fb fb fb

Agong adakan pertemuan dengan Sheikh Tamim

(Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melambai
tangan sebelum berangkat ke Doha, Qatar/Foto FB Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Doha, Qatar semalam.

Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sheikh Tamim dan kerajaan Qatar sebagai tuan rumah, atas kejayaan menganjur dan mengendalikan kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

"Kedua-dua pemimpin turut menyentuh berkenaan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Qatar, dan usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi hubungan serta beberapa isu membabitkan kepentingan bersama," menurut kenyataan Istana Negara di laman Facebook hari ini.

(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melakukan kunjungan 
hormat dan pertemuan dengan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Doha, Qatar semalam/Foto FB Istana Negara)

Al-Sultan Abdullah kini berada di Doha atas persilaan peribadi Sheikh Tamim sempena Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Dalam rangka lawatan khas selama enam hari bermula semalam itu, Seri Paduka Baginda turut dijadualkan menerima menghadap beberapa pemimpin kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar.

Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember ini.

Media Baharu