SEGAMAT, 3 November - Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 dilaporkan berlaku di Jementah, di sini pada pukul 7.55 malam tadi.
Gegaran turut dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berpusat pada koordinat 2.5 darjah utara dan 102.8 darjah timur, tiga kilometer di barat Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.
Dalam pada itu, MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi terbabit mengisi mengisi borang soalselidik di pautan https://forms.gle/ZggEcd6EtSMRYD4U6.