fb fb fb fb fb

PM ucap takziah atas pemergian tokoh sejarawan

Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 3 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tokoh sarjana sejarah tempatan Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam telah kembali ke pangkuan ilahi petang tadi.

Menerusi Kenyataan di laman sosial media miliknya, Perdana Menteri berkata, negara kehilangan seorang sarjana besar yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasa jati diri bangsa melalui sejarah.

"Salam takziah buat seluruh keluarga atas pemergian allahyarham.

Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta kecekalan yang tinggi serta dikurniakan rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN