fb fb fb fb fb

PDRM yakin kamera badan dapat perkasa tahap integriti, profesionalisme dan telus

KUALA LUMPUR, 14 Disember - Penggunaan kamera badan akan memperkasakan tahap integriti, profesionalisme dan ketelusan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika berurusan, selain melindungi kepentingan semua pihak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata PDRM akan memanfaatkan sebaik mungkin penggunaan kamera badan itu dalam usaha memastikan kualiti perkhidmatan PDRM yang terbaik kepada masyarakat.

"PDRM menyambut baik langkah kerajaan menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi tujuan penguatkuasaan," katanya.

(FOTO FAIL)

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan peruntukan sebanyak RM30 juta telah diluluskan bagi perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota PDRM ketika menjalankan tugas.

Media Baharu