fb fb fb fb fb

KKM laksana projek rintis penggunaan ubat PrEP

AYER KEROH, 14 Disember- Langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksana projek rintis bagi penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) dilihat kena pada masanya.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, "penggunaan ubat itu dapat membantu dalam prospek yang lebih luas."

Menurutnya, ia bukan semata-mata kepada golongan LGBT namun ia turut membantu kepada penagih dadah serta pasangan atau pasukan perubatan yang perlu menjaga pesakit HIV dan AIDS.

Bagaimanapun beliau turut menegaskan; "ini tidak bermakna bahawa bila kita melakukan bagi ubat utk mencegah HIV itu ini tidak bermakna bahawa kita menyokong pelaku-palaku songsang ini.

"Ia juga diberikan kepada pasukan perubatan seperti doktor dan jururawat serta pembantu perubatan yang terpaksa untuk menjaga pesakit HIV," katanya pada sidang media selepas Persidangan ke-4, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Perkara tersebut dilakukan dengan niat untuk membantu merawat mereka yang memerlukan.

Inisiatif KKM itu secara tidak langsung menyokong langkah diambil The Global Funds pada Jun lalu yang turut memperuntukkan dana bagi pencegahan HIV dan AIDS.

(Muhammad Akmal Saleh)

 

 

Media Baharu