fb fb fb fb fb

PM arah Peguam Negara perjelas isu tuntutan Pulau Batu Puteh

PUTRAJAYA, 14 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Peguam Negara memberi penjelasan berkaitan kontroversi tuntutan Pulau Batu Puteh.

Pulau berkenaan kini menjadi milik Singapura selepas diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2018.

Perdana Menteri mahu kesan sampingan diteliti semula dan dikaji supaya tiada masalah berbangkit dari segi hubungan kedua-dua negara.

"Dan beberapa kesan sampingan juga kita akan minta diteliti semula, dikaji supaya ada rundingan yang lebih bermakna dan segera dengan Singapura supaya tidak ada apa-apa masalah berbangkit daripada sudut hubungan dua negara sahabat," katanya.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto BERNAMA)

Beliau berkata demikianu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Kerajaan Persekutuan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 memutuskan untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di ICJ.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Kabinet setuju membentuk pasukan Petugas Khas bagi menyemak isu-isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh.

Media Baharu