fb fb fb fb fb

Perluas penggunaan EV, kurangkan pelepasan karbon

BANGI, 14 Disember - Lebih banyak syarikat tempatan perlu terlibat dalam industri pemasangan kenderaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Saranan itu, bagi memperluaskan penggunaan kenderaan tersebut yang merupakan langkah terbaik mengurangkan pelepasan karbon dioksida dalam negara.

Jelas Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad kerajaan turut bercadang untuk membawa masuk kenderaan itu bawah harga RM100,000 supaya ianya mampu milik.

"Untuk masa akan datang, kita akan lihat bagaimana, mungkin untuk belanjawan 2023 yang disemak semula atau pun belanjawan 2024, kerajaan dapat tambah lagi insentif untuk EV.

"Sebab sekarang kebanyakan EV yang masuk ke dalam pasaran kita RM100,000 ke atas. Jadi kita hennak sampai kepada pasaran yang lebih besar iaitu RM100,000 ke bawah la. Itu kita kena tunggu bagaimana kerajaan dapat mainkan peranan bersama dengan kerjasama syarikat-syarikat automotif," kata Nik Nazmi selepas melancarkan stesen pengecas EV Bangi Golf Resort.

(Nik Nazmi ketika bercakap kepada pemberita)

 

Media Baharu