fb fb fb fb fb

Kanak-kanak lelaki maut terperangkap dalam kereta

JITRA, 14 Disember- Seorang kanak- kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas terperangkap di dalam sebuah kereta yang terjunam ke dalam Sungai Korok, Jitra, Kedah pukul 2.23 petang tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian itu, ibu dan bapa mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Sayani Saidon berkata, "kerja-kerja mencari dan menyelamat dijalankan sebaik menerima panggilan
kecemasan."

Pencarian dilakukan di permukaan air dan turut melibatkan pasukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Jitra.

Sayani menjelaskan, "mayat itu masih berada di dalam kenderaan semasa ia dibawa ke tebing jalan.

"Semasa kejadian, kereta tersebut terbabas dan melanggar pokok sebelum terbalik. Itu antara faktor yang menyebabkan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri," katanya di sini.

Operasi mencari dan menyelamat mengambil yang pantas selepas pihaknya mengesan lokasi kemalangan tersebut berlaku.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat sebelum ditutut keluarga mangsa.

(Sayani Saidon)

Media Baharu