fb fb fb fb fb

Malaysia-China tekad perkukuh hubungan baik

(Foto FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Malaysia dan China bertekad untuk terus memperkukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan terbaharu di laman Facebook berkata komitmen itu demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta kepentingan bersama.

Anwar memaklumkan, menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dan delegasinya, semalam.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berkaitan kerjasama dua hala, terutama bagi menarik pelaburan dan memperkukuhkan hubungan perdagangan selain meningkatkan hubungan rakyat kedua negara.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar China
ke Malaysia, Ouyang Yujing dan delegasinya, semalam/Foto FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu