fb fb fb fb fb

2 PPS di Terengganu dibuka semula

HULU TERENGGANU, 14 Disember- Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka semula selepas enam jam PPS terakhir ditutup di negeri itu.

Ia berikutan Daerah Hulu Terengganu dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan pada pukul 6.00 petang tadi.

Setakat pukul 7.00 malam kemaskini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan, dua PPS melibatkan Balai raya Kampung Kemat dan Balai Raya Kampung Tapah.

Seramai 40 penduduk terjejas daripada tujuh keluarga di tempatkan di PPS itu dan keadaan di daerah berkenaan masih mengalami hujan lebat.

Portal Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu mengeluarkan amaran terumatanya Sungai Berang di Kampung Menerong dan Sungai Telemong Kuala Ping di Hulu Terengganu melepasi paras bahaya dan menunjukkan trend menaik.

(Laporan Bencana Banjir Negeri Terengganu)

Media Baharu