fb fb fb fb fb

Pangsapuri 7 tingkat akan dibina di Gaza Januari depan

KAJANG, 14 Disember - Prihatin dengan kesengsaraan penduduk di Gaza, sukarelawan Malaysia tampil membangunkan Projek Pangsapuri Wakaf.

Projek yang bakal dibina di Khan Younis Januari depan hasil inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan My Aqsa Defenders (My-AD).

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dr. Ahmad Sani Abdul Alim Araby optimis empat bangunan pangsapuri tujuh tingkat itu akan siap pada Jun 2024 yang bakal memanfaatkan lebih 100 buah keluarga.

Selain memberi sinar baharu buat mangsa-mangsa perang, projek ini sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Gaza.

"Satu bangunan, satu apartment ini 7 tingkat yang mana di bawah sekali itu kita buat projek serampang dua mata dengan kita menyewakan bangunan bawah untuk pihak-pihak Gaza untuk membuka perniagaan mereka dan wang yang disewakan itu akan dikembalikan untuk menjana kewangan," kata Dr. Ahmad Sani dalam sidang media selepas pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) projek tersebut di sini.

Kos pembinaan RM8 juta ditaja MAPIM dan My-AD dan bantuan mana-mana pihak untuk berganding bahu mengatasi isu Palestin amat dialu-alukan.

(Dr. Ahmad Sani ketika bercakap dalam sidang media)

"Sasaran yang diletakkan oleh 'My Aqsa defenders' untuk menjadi suara dan menjadi pusat kepada perjuangan rakyat-rakyat Palestin di Asia Tenggara dan di kawasan asia itu sendiri," katanya lagi.


Media Baharu