fb fb fb fb fb

Persiapan banjir, JBPM ambil langkah lebih proaktif

PUTRAJAYA, 14 Disember- Persediaan lebih proaktif akan dilakukan untuk hadapi sebarang kemungkinan bencana banjir di seluruh negara.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), pihaknya juga akan mengenal pasti kawasan 'hot spot' banjir yang mungkin berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL). 

(Nga Kor Ming/Foto BERNAMA)

Selain itu, JPBM turut mengenal pasti 5,235 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara meliputi 4,795 kawasan banjir, 254 kawasan cerun kritikal dan 186 kawasan melibatkan kepala air.

Manakala dari segi kekuatan anggota pula, seramai 12,857 pegawai sepenuh masa dan 2,111 pegawai bomba bantuan dikerah bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan banjir.

"Dari segi kekuatan logistik darat dan air, kesiapsiagaan ini melibatkan kenderaan angkut ringan sebanyak 584 unit...kenderaan angkut berat 140 unit dan kenderaan marin 487 unit termasuk 62 buah bot telah disediakan," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas menghadiri taklimat kesiapsiagaan JBPM menghadapi MTL di ibu pejabat JBPM, di sini hari ini.

Media Baharu