fb fb fb fb fb

PPS di 2 daerah di Pahang masih aktif

KUANTAN, 14 Disember- Pusat pemindahan sementara (PPS) di SMK Seri Semantan, Temerloh Pahang ditutup sepenuhnya apabila membenarkan sembilan orang daripada tiga keluarga pulang ke rumah masing-masing pukul 5.00 petang tadi.

Ini menjadikan hanya dua daerah di Pahang yang masih mengaktifkan PPS iaitu Pekan dan Bera dengan jumlah seramai 151 orang daripada 39 keluarga setakat 7.00 petang tadi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, di Pekan seramai 142 orang penduduk daripada 36 keluarga ditempatkan di SK Sinar Mutiara.

Manakala di daerah Bera, seramai sembilan penduduk daripada tiga keluarga ditempatkan di SK Kerayong.

(Foto hiasan)

Media Baharu