fb fb fb fb fb

Universiti awam akan diperkasa, bilangannya tidak ditambah - Khaled

SEPANG, 14 Disember- Universiti awam baharu tidak akan ditambah.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata 20 universiti awam sedia ada, mencukupi.

Bagaimanapun tidak menghalang penubuhan universiti swasta baharu dalam negara ini.

"Kita tidak akan menambah universiti awam tetapi akan memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan kepimpinan universiti dan memastikan universiti bergerak mengikut landasan yang betul, memenuhi misi dan juga visi," kata Mohamed Khaled.

(Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)

Beliau ditemui selepas Majlis Apresiasi Dan Serah Tugas Kementerian Pengajian Tinggi, di sini hari ini.

Menurut Khaled, politeknik dan kolej komuniti juga perlu diberi tumpuan supaya bergerak seiring dengan institusi sedia ada.

Pada majlis itu beliau turut menerima nota serah tugas oleh Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Media Baharu