fb fb fb fb fb

Insiden Sotong Ride: KPKT syor tindakan tegas terhadap penganjur

(Foto FB Mua Faeezah Pija)

PUTRAJAYA, 14 Disember- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesyorkan penganjur tapak pesta ria di Eco Grandeur Puncak Alam, Kuala Selangor dikenakan tindakan tegas kerana beroperasi tanpa lesen sehingga mengakibatkan kecederaan kepada tiga pengunjung, Isnin lalu.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan itu agar tindakan diambil mengikut Enakmen Hiburan Negeri.

"Fun fair tersebut memang tidak mendapat sebarang kebenaran...ini mengikut undang-undang yang dibekalkan maka kita serahkan pada pihak berkuasa.

"Dan saya harap tidak ada lagi pihak yang cuba mengambil risiko tersebut menganjurkan 'fun fair' yang boleh membahayakan keselamatan orang awam," katanya dalam sidang media selepas menghadiri taklimat kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghadapi MTL di ibu pejabat JBPM, di sini hari ini.

(Nga Kor Ming)

Isnin lalu, tiga mangsa melibatkan dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan di tapak pesta ria berkenaan.

Ketiga-tiga mereka terjatuh dari permainan 'Sotong Ride' ketika sedang bergerak dan salah seorang daripada mangsa mengalami cedera parah.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Media Baharu