fb fb fb fb fb

Dasar baik diteruskan, jaminan Menteri Pendidikan Tinggi

(Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (kanan) menyerahkan
buku nota serah tugas kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
pada Majlis Apresiasi dan Serah Tugas Menteri Pendidikan Tinggi, hari ini/Foto BERNAMA)

SEPANG, 14 Disember- Penggantian menteri tidak bermakna dasar dan polisi sedia ada turut bertukar.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan dasar-dasar baik yang telah direncanakan oleh pentadbiran terdahulu akan diteruskan.

"Apa saja dasar dan program yang baik sebelum ini sewaktu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan kita terus laksanakan. jadi ini jaminan saya," katanya.

Beliau bercakap pada Majlis Apresiasi dan Serah Terima Tugas Menteri Pendidikan Tinggi, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata program seperti Bakul Makanan Siswa dan memberi peluang kepada wakil pertama dalam sesebuah keluarga miskin untuk masuk ke universiti perlu dipertimbangkan agar dapat terus dilaksanakan.

(Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin/Foto BERNAMA)

Media Baharu