SEREMBAN, 5 November - Jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) terutama dari Senawang menuju utara akan dibina pada tahun hadapan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan jalan baharu itu yang akan menghubungkan lebuh raya itu dengan laluan Nilai-Labu-Enstek (NLE).
“Kita dimaklumkan akan ada jalan dan Plaza Tol PLUS baharu dengan pembinaannya pada tahun depan. Projek berkenaan akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan lanjut masih dalam perbincangan," kata beliau selepas sidang media Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) di Seremban.
Datuk Seri Aminuddin berharap laluan baharu itu dapat mengurangkan kesesakan trafik dari Senawang ke Kuala Lumpur atau arah utara dengan laluan alternatif sebagai penyuraian segera kesesakan itu.