fb fb fb fb fb

TPAD gesa MOT laksana tuntutan demi keselamatan pemandu

Presiden Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD), Nathan Mathivanan

PUTRAJAYA, 19 Jun - Kementerian Pengangkutan (MOT) digesa supaya segera mengambil tindakan terhadap 21 tuntutan yang dikemukakan oleh Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) sejak Januari lalu.

Presiden TPAD, Nathan Mathivanan berkata, sehingga kini masih tiada perkembangan jelas walaupun sudah memasuki pertengahan tahun.

Antara tuntutan utama TPAD ialah supaya sistem penerimaan tugasan automatik (auto-accept) dalam aplikasi tempahan pengangkutan dalam talian (e-hailing) dimansuhkan kerana menyukarkan dan membebankan pemandu.

“Sistem sekarang hanya beri 10 saat untuk pemandu buat keputusan. Kami minta sistem ini dihapuskan supaya memberi kebebasan kepada pemandu,” kata Nantha.

Selain itu, TPAD turut menekankan keperluan menghadkan masa pemanduan kepada maksimum 12 jam sehari, berikutan peningkatan kes kemalangan yang dipercayai berpunca daripada keletihan melampau.

Mesyuarat bersama MOT hari ini merupakan sebahagian daripada siri pertemuan susulan memorandum yang telah diserahkan kepada kementerian pada awal tahun.

TPAD turut menegaskan bahawa perbincangan perlu diteruskan secara konsisten agar kebajikan dan keselamatan pemandu terus dijaga.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE