fb fb fb fb fb

Tolak perbezaan politik, selesaikan masalah air Kelantan - PM

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama orang ramai selepas menghadiri Majlis
Rumah Terbuka Malaysia MADANI di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV/ Foto BERNAMA)

KOTA BHARU, 13 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah bekalan air bersih yang dihadapi negeri Kelantan sejak berpuluh tahun lalu.
 
Beliau berkata, masalah itu akan diselesaikan menerusi kaedah yang betul dengan kerjasama penuh kerajaan negeri Kelantan.
 
Menurutnya, perkara itu sudah dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam pertemuan bersama pihak istana Kelantan.


(Foto hiasan)

"Saya tidak fikir wajar setelah lebih 60 tahun merdeka kita bergelut dan jadikan ini sebagai masalah politik yang tidak berkesudahan dan bebankan rakyat, oleh yang demikian saya menyeru, menyatakan ini pendirian Kerajaan Perpaduan, kita akan cari dana, cuba cari penyelesaian tapi mestilah dengan kaedah yang betul dan dengan kerjasama penuh daripada kerajaan negeri Kelantan,"

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
 
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Media Baharu