fb fb fb fb fb

Tol percuma sempena Aidilfitri kekal dua hari

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan

BANGI, 29 Mac - Tiada cadangan untuk menambah bilangan hari tol percuma sempena sambutan Aidilfitri kali ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sebaliknya beliau berkata, jumlah itu kekal seperti diumumkan sebelum ini.

Perkara itu memandangkan kerajaan perlu membayar kepada semua syarikat konsesi yang terlibat bagi menampung kos tol percuma berkenaan dengan kos yang sangat tinggi.

"Untuk dua hari tol itu, kerajaan membayar RM37.6 juta. Kalau kita lihat angka itu, ia lebih kurang RM38 juta dengan lain perkataan satu hari itu RM19 juta yang dibayar kerajaan melalui Kementerian Kewangan kepada 33 syarikat konsesi. Jadi pada kali ini, itulah yang diputuskan, iaitu dua hari pada 8 dan 9 April," kata Ahmad.

Keputusan yang dibuat oleh jemaah kabinet itu adalah muktamad, katanya kepada pemberita selepas meninjau persediaan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menghadapi musim perayaan di Menara Korporat Persada PLUS, di sini.

TETITIA YUSOFF