fb fb fb fb fb

PM ucap selamat hari Good Friday dan Easter Sunday kepada penganut kristian

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.

"Di kesempatan ini, saya ucapkan semoga kasih sayang dan kebahagiaan terus dihidupkan serta kedamaian diperkukuh," katanya menerusi catatan di laman Facebook dan akaun X (Twitter).

Beliau berkata Paskah atau Easter adalah hari besar buat pengikut Katolik.

TETITIA YUSOFF