fb fb fb fb fb

KKR agih komponen 'Launching Nose' hadapi MTL

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melihat aset Jambatan Panel Keluli Bermodular pada Majlis Penyerahan Kelengkapan Launching Nose Jambatan Panel Keluli Bermodular Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dia Stadium Mini JKR, Seksyen 17 Shah Alam /BERNAMA

SHAH ALAM, 20 November- Sebanyak 12 set komponen ‘Launching Nose’ bagi Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) atau Jambatan bailey diagih kepada sembilan negeri termasuk di Pantai Timur sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, komponen bernilai RM21 juta akan mula diletakkan di beberapa lokasi 'hotspot' banjir yang akan dikenal pasti bagi memastikan tindak balas pantas dapat diambil sekiranya bencana berlaku

Pengagihan tersebut membabitkan sembilan JKR Negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

"Ini penting kerana ia memudahkan pembinaan jalan modular tanpa memerlukan kren dan sebagainya dan ia memudahkan kecekapan dan kelancaran pelaksanaan pembinaan jambatan besi keluli ini terutama menjelang MTL. Memang ada keperluan jadi saya berharap ini akan lebih memudahkan kerja-kerja JKR dilapangan nanti" katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kelengkapan ‘Launching Nose’ Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) Jabatan Kerja Raya (JKR), di Shah Alam

‘Launching Nose’ merupakan komponen penting dalam operasi pemasangan Jambatan Panel Keluli Bermodula (JPKB); berfungsi sebagai panduan dan pemula keseluruhan struktur jambatan

Datuk Seri Nanta turut memaklumkan, JPKB hanya bertindak sebagai jambatan sementara bagi memudahkan akses ke sesuatu kawasan yang dilanda bencana seperti banjir.

SITI NOORAIN ABDULLAH