SEREMBAN, 28 Mac -Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bagaimanapun ia terhad kepada kenderaan persendirian kelas satu; membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM37 juta
Pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
"Dijangka ada 2.46 juta, 2 juta setengah kenderaan akan guna lebuhraya pada waktu puncak musim perayaan tu yang penting kenderaan di jalan raya gunakan peluang ini.
"Dinasihat pengguna jalan raya berhati hati banyak kenderaan kerana semua ingin bergegas tapi kalau hendak cepat sampai pun mesti mementingkan keselamatan", katanya demikian selepas membuat lawatan ke kawasan Rehat dan Rawat RnR Seremban Arah Selatan.
Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pengguna merancang perjalanan dengan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) dengan memuat turun aplikasi MyJalan KKR yang telah diintegrasi dengan aplikasi MyPLUS-TTA.