LONDON, 4 Jun-Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yakin sasaran untuk menerima 500,000 pelancong dari United Kingdom (UK) ke Malaysia sempena dengan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 akan tercapai.
Usaha promosi yang giat serta peningkatan bilangan pelancong UK sejak awal tahun ini menjadi petanda positif bagi mencapai sasaran tersebut.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut memuji usaha Tourism Malaysia di London yang menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam menarik pelancong dari UK.
Beliau menegaskan bahawa sasaran awal seramai 164,000 pelancong UK pada tahun ini berada pada landasan tepat.
Selain itu, beliau menekankan perancangan untuk memperkenalkan pakej insentif khas kepada pelancong yang menggunakan penerbangan Malaysia, bagi menggalakkan mereka singgah di Kuala Lumpur atau destinasi lain di Semenanjung Malaysia.
"Dan saya telah bersetuju membawa perkara ini kepada Kementerian Pelancongan dan membawa juga perlu ke jawatankuasa kabinet untuk kini memohon supaya pakej ini dapat dilaksanakan menjelang tahun 2026," katanya.
Beliau ditemui media selepas merasmikan TMM 2026 di London.
Tambah beliau, menerusi inisiatif itu, Malaysia bersedia menyambut lebih ramai pelancong dari UK, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan utama pada tahun hadapan.