KUALA LUMPUR, 3 JUN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kini berada dalam keadaan baik.
Proses pemulihan juga berjalan lancar selepas baginda keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) tempoh hari. Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman facebook miliknya.
“Semoga Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam,” kata beliau.
Datuk Seri Anwar memaklumkan lawatan yang turut disertai, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu diadakan sebelum Sultan Hassanal berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan selepas menerima rawatan di IJN.
Baginda dimasukkan ke IJN kerana direhatkan semasa menghadiri mesyuarat ASEAN di Kuala Lumpur.